Friday, 26 October 2018

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 4)


KELAS MINGGU 4  - 02.10.2018 (Selasa)

The Importance Of Technology in Arts Education

Latihan 1 -Menghasilkan 'AutoDraw'



Tajuk : Pemandangan di tepi Pantai


REFLEKSI PEMBELAJARAN :


Pada minggu ke - 4 pembelajaran di dalam kelas Seni dan Teknologi, saya telah belajar menggunakan aplikasi 'Autodraw' dalam menghasilkan lukisan.  Pada refleksi saya, perisian AutoDraw, sangat mudah digunakan dan sangat membantu kerana ianya merupakan perisian yang berasaskan atas talian (web-based), dan tidak perlu dimuat turun ke dalam telefon, tablet mahupun komputer anda.Penggunaannya yang hanya secara atas talian ini juga, lebih praktikal kerana ianya tidak akan membebankan gadget anda dengan satu lagi perisian lain yang pastinya akan melambatkan dan  menyusahkan kerja kita.

Aplikasi ini juga sangat berguna bagi seseorang yang tidak mahir melukis, dan saya dapati sangat mudah menggunakan AutoDraw untuk menghasilkan lukisan yang ringkas, cantik, dan nampak profesional dalam masa yang pendek. AutoDraw dapat mengenalpasti lakaran saya dan mencadangkan lukisan yang menepati kehendak saya. Melihat kepada hasil kerja ringkas saya di atas, AutoDraw bukan sekadar dapat meneka lakaran 2 dimensi, malah juga yang 3 dimensi.

Lukisan yang hasilkan mengenai 'Pemandangan di tepi pantai' dimana objek yang saya lakarkan ialah
pokok kelapa, pantai, suasana berkelah, kapal dan rumah api serta rumah-rumah nelayan. Semasa menghasilkan lakaran ini, saya telah menggunakan 100% objek auto dan tidak menggunakan objek yang dilakar manual. Bagi saya, pengalaman menghasilkan lukisan menggunakan AutoDraw sangat seronok dan menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam dunia seni dan teknologi.


Latihan 2 - Menghasilkan GOOGLE DRAWING


1) Tajuk : Hidup Sihat Tanpa Merokok




2) Tajuk : Nota Pendidikan Seni (Unsur Seni Rupa)


REFLEKSI PEMBELAJARAN :

Pada minggu ke 4, juga saya telah mempelajari menghasilkan sesuatu lakaran menggunakan Google Drawings. Aplikasi Google Drawing adalah salah satu kaedah melukis menggunakan teknologi secara atas talian. Selain daripada perisian yang PERCUMA, fungsi dalam Google Drawing adalah sama seolah-olah melukis menggunakan tangan. Seperti Autodraw, Google Drawing juga sangat mudah digunakan dan sangat membantu kerana ianya merupakan perisian yang berasaskan atas talian (web-based), dan tidak perlu dimuat turun ke dalam telefon, tablet mahupun komputer anda.Penggunaannya yang hanya secara atas talian ini juga, lebih praktikal kerana ianya tidak akan membebankan gadget anda dengan satu lagi perisian lain yang pastinya akan melambatkan dan  menyusahkan kerja kita.

Saya telah menghasilkan Poster mengenai ' Hidup Sihat Tanpa Merokok melalui Google Drawing ini. Dalam poster tersebut, saya telah memetik gambar dari Google dan mengabungkan dalam satu poster. Aplikasi ini sangat memudahkan dan menjimatkan masa dalam pembuatan poster, ilan atau risalah untuk kadar yang segera. Saya berasa aplikasi ini sangat memuaskan dan sangat berguna kepada semua peringkat umur.

Karya yang bertajuk ke 2 pula, saya telah menghasilkan nota ringkas mengenai pembelajaran seni iaitu ' Unsur Seni Rupa. Aplikasi ini sangat sesuai dimanfaatkan kepada para guru terutamanya guru Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah mahu pun sekolah rendah. Penggunaan aplikasi Google Drawing dalam proses pengajaran mampu menarik minat pelajar dalam bidang seni kerana kaedahnya yang lebih mudah dan mesra pengguna. Secara umumnya, adalah aplikasi ini adalah perisian yang percuma dan mudah digunakan. Saya sangat seronok dapat mempelajari ilmu ini.

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 3)

KELAS MINGGU 3  - 25.09.2018  (Selasa) 

Integrating Technology In Art Class - Activity menghasilkan Powtoon


ASSIGNMENT 1 (POWTOON) INTRODUCING MYSELF 



REFLEKSI PEMBELAJARAN: 

Di akhir pembelajaran, saya dapat menghasilkan video mengenai biodata saya dengan menggunakan aplikasi laman web Powtoon. Penghasilan video menggunakan Powtoon ini dapat meningkatkan  kemahiran saya dalam menyusun isi kandungan, penyuntingan video dan menyampaikan hasil terakhir video untuk persembahan. Saya dapat membuat persembahan video gambar kegemaran, klip video dan dapat menggunakan beberapa kesan peralihan yang baik serta dilakukan dengan sangat mudahPowtoon juga satu aplikasi penghasilan video berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan.Oleh itu, saya dapat menceritakan video mengenai biodata saya akan seolah-olah berada di tempat kejadian. Secara keseluruhannya, saya dapat mempelajari satu pengalaman yang baharu dalam penghasilan video.



ASSIGNMENT 2 - UNSUR SENI RUPA (POWTOON)




REFLEKSI PEMBELAJARAN: 

Di akhir pembelajaran, saya dapat menghasilkan satu video mengenai salah satu topik pengajaran dalam Pendidikan Seni Visual mengenai Unsur Seni iaitu Rupa. Saya telah menghasilkan video ini menggunakan aplikasi web Powtoon. Video ini boleh digunakan  dalam kelas semasa  pembelajaran mengenai tajuk Unsur Seni Rupa.  Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan,video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik.Gabungan elemen mutimedia di dalam Powtoon seperti teks, grafik, dan audio terbukti pasti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam pendidikan ialah penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran,  dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran. 

Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Melalui penghasilan Powtoon ini, saya juga dapat meningkatkan latihan kemahiran dalam perisian penyuntingan dan menambahkan kecekapan serta  boleh menjadi bahan pilihan lain untuk membantu para pelajar bagi memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih jelas dan nyata. Secara keseluruhannya, ianya memberi pengalaman baru kepada saya yang ingin mempelajari  perisian penyuntingan video.



Tuesday, 16 October 2018

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 2)

KELAS MINGGU 2  - 18.9.2018 (Selasa)

PENGENALAN SENI DAN TEKNOLOGI


Dalam sesi pengenalan untuk kelas pada minggu ke 2, saya didedahkan dengan kuliah pembelajaran  berkaitan subjek "MSP3062-Pendidikan Seni & Teknologi". Dalam sesi pengenalan untuk kelas ‘ pada hari ini, Dr. Syazwani memberi kami inspirasi untuk memperkasa diri dengan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pendidik abad ke-21.Setiap alat teknologi yang digunakan dalam pembelajaran perlu diiring dengan strategi yang betul untuk mencapai sesuatu objektif.
Salah satu contoh yang diberi adalah aplikasi Mentimeter dalam pembelajaran. 

Image result for mentimeter


Saya telah diperkenalkan dengan aplikasi 'mentimeter' untuk menjawab persoalan mengenai seni dan teknologi ini. 
  1. Apakah yang dikatakan Seni dan Teknologi? 
  2. Perkaitan kepentingan teknologi dalam Pendidikan Seni?
  3. Kepentingan teknologi dalam Matapelajaran Seni pada pak21(Pembelajaran abad 21)
Image result for mentimeter

REFLEKSI PEMBELAJARAN: 

Mentimeter merupakan satu aplikasi berasaskan web yang boleh digunakan untuk melakukan ‘survey’ atau ‘poll’ secara pantas dalam sesuatu pengajaran. Kelebihan Mentimeter ianya amat mudah digunakan. Proses anda membina soalan tinjauan juga amat mudah. Mentimeter boleh digunakan sebagai set induksi ketika pengajaran di sekolah. Dalam set induksi, pengunaan Mentimeter dapat merangsang dan menarik perhatian pelajar dengan sesuatu tajuk yang ingin diajar. Ianya boleh digunakan secara kreatif untuk menjadikan set pengenalan anda sesuatu yang interaktif dan bermakna.Ketika pengajaran di sekolah aplikasi ini boleh digunakan guru untuk mengumpul data daripada pelajar secara pantas. Mungkin guru boleh mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan sedia ada pelajar serta boleh mengukur tahap penilaian kendiri pelajar terhadap sesuatu kemahiran. Maklumat akan terus didapati untuk dianalisis.Di sekolah, guru juga boleh menggunakan Mentimeter untuk mendapatkan data yang sah untuk menghasilkan sesuatu set pembelajaran atau rancangan pengajaran. Contohnya, untuk kelas esok, guru boleh melakukan tinjauan ringkas dengan meminta pelajar memberikan beberapa maklumbalas serta maklumat yang diperlukan.Pelajar boleh menggunakan Mentimeter sebagai alat untuk mengumpul data secara terus. Jika pelajar mempunyai peranti sendiri, mereka boleh menjalankan aktiviti luar seperti kaji selidik guru dan pelajar di sekitar sekolah. 



SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 14)

KELAS MINGGU 14 - 18.12.2018 (Selasa) PRESENTATION QR BARCODE Refleksi pembelajaran: Hari ini merupakan kelas terakhir kami dalam s...