Monday 24 December 2018

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 12)

KELAS MINGGU 12 - 04.12.2018 (Selasa)

ANIMATION PHOTOSHOP



Refleksi Pembelajaran:

Pada hari ini kami telah mempelajari menghasilkan animation tulisan menggunakan photoshop untuk digunakan pada letterhead wordpress kami nanti. Pensyarah telah mengarahkan  tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan photoshop. 

Seperti yang diterangkan oleh pensyarah, photoshop merupakan  penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya.Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver.

Pada hari pembelajaran tersebut, saya telah mempelajari asas Photoshop menggunakan model cs6 iaitu Toolbox disediakan bagi membolehkan kita memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital. 

Semasa menghasilkan animasi untuk header wordpress, proses pertama ialah menentukan saiz header tersebut berdasarkan saiz header yang telah ditetapkan pada wordpress masing-masing. Seterusnya, proses menghasilkan animasi ini adalah dengan cara mengawal layer photoshop tersebut. Setelah berjaya menghasilkan satu animasi tulisan menggunakan photoshop, ianya di simpan sebagai Save for Web dalam format GIF. Semasa menghasilkan animasi tulisan, photoshop membolehkan saya membuat tulisan dengan efek tertentu,kelebihannya photoshop adalah mampu membuat tulisan dengan bermacam-macam karakteristik,dan dapat mengubah bentuk tulisan menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan tool effect yang ada di dalamnya. 





Animasi yang saya hasilkan



Pada pendapat saya, Photoshop sangat berguna dalam pendidikan. Secara umumnya bukan semua guru pandai menggunakan perisian ini namun jika ianya berjaya dieksploitasi penggunaannya dalam pendidikan khususnya dalam menghasilkan sendiri bahan bantu mengajar dengan kreativiti guru itu sendiri nescaya ini akan memberikan banyak manfaat dan sangat efektif dari segi pengurusan kos kerana bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan ‘custom made’ berdasarkan kesesuaian yang difikirkan patut bagi guru dan sesuai bagi pelajar.

Dengan perisian ini guru mampu mencipta sendiri buku peta minda sendiri, flash card, poster hiasan kelas yang menarik, dan macam-macam lagi bahan yang boleh diterokai potensinya. Namun sebagaimana disebut pada awal, tidak semua guru mempunya kemahiran untuk menggunakan perisian ini secara optimum untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Selain itu, Photoshop juga merupakan salah satu perisian yang menjadi teras dalam pendidikan seni visual dan grafik di sekolah menengah.  

Secara rumusannya perisian ini mempunyai potensi yang amat luas dalam pelbagai bidang bermula daripada bidang periklanan, fotografi malah termasuk juga dalam bidang pendidikan dan dakwah. Jika diperhatikan pada zaman ini sememangnya kos untuk mempelajari kemahiran dalam menggunakan perisian ini amatlah mahal namun sangat berbaloi untuk dipelajari. Bagi pandangan kami mahir dalam perisian ini amat memberikan nilai tambah yang banyak kepada guru terutamanya dan potensinya ternyata amatlah meluas berbanding hanya menggunakan powerpoint dan paint dalam menghasilkan bahan bantu mengajar.

No comments:

Post a Comment

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 14)

KELAS MINGGU 14 - 18.12.2018 (Selasa) PRESENTATION QR BARCODE Refleksi pembelajaran: Hari ini merupakan kelas terakhir kami dalam s...