Friday 26 October 2018

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 4)


KELAS MINGGU 4  - 02.10.2018 (Selasa)

The Importance Of Technology in Arts Education

Latihan 1 -Menghasilkan 'AutoDraw'



Tajuk : Pemandangan di tepi Pantai


REFLEKSI PEMBELAJARAN :


Pada minggu ke - 4 pembelajaran di dalam kelas Seni dan Teknologi, saya telah belajar menggunakan aplikasi 'Autodraw' dalam menghasilkan lukisan.  Pada refleksi saya, perisian AutoDraw, sangat mudah digunakan dan sangat membantu kerana ianya merupakan perisian yang berasaskan atas talian (web-based), dan tidak perlu dimuat turun ke dalam telefon, tablet mahupun komputer anda.Penggunaannya yang hanya secara atas talian ini juga, lebih praktikal kerana ianya tidak akan membebankan gadget anda dengan satu lagi perisian lain yang pastinya akan melambatkan dan  menyusahkan kerja kita.

Aplikasi ini juga sangat berguna bagi seseorang yang tidak mahir melukis, dan saya dapati sangat mudah menggunakan AutoDraw untuk menghasilkan lukisan yang ringkas, cantik, dan nampak profesional dalam masa yang pendek. AutoDraw dapat mengenalpasti lakaran saya dan mencadangkan lukisan yang menepati kehendak saya. Melihat kepada hasil kerja ringkas saya di atas, AutoDraw bukan sekadar dapat meneka lakaran 2 dimensi, malah juga yang 3 dimensi.

Lukisan yang hasilkan mengenai 'Pemandangan di tepi pantai' dimana objek yang saya lakarkan ialah
pokok kelapa, pantai, suasana berkelah, kapal dan rumah api serta rumah-rumah nelayan. Semasa menghasilkan lakaran ini, saya telah menggunakan 100% objek auto dan tidak menggunakan objek yang dilakar manual. Bagi saya, pengalaman menghasilkan lukisan menggunakan AutoDraw sangat seronok dan menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam dunia seni dan teknologi.


Latihan 2 - Menghasilkan GOOGLE DRAWING


1) Tajuk : Hidup Sihat Tanpa Merokok




2) Tajuk : Nota Pendidikan Seni (Unsur Seni Rupa)


REFLEKSI PEMBELAJARAN :

Pada minggu ke 4, juga saya telah mempelajari menghasilkan sesuatu lakaran menggunakan Google Drawings. Aplikasi Google Drawing adalah salah satu kaedah melukis menggunakan teknologi secara atas talian. Selain daripada perisian yang PERCUMA, fungsi dalam Google Drawing adalah sama seolah-olah melukis menggunakan tangan. Seperti Autodraw, Google Drawing juga sangat mudah digunakan dan sangat membantu kerana ianya merupakan perisian yang berasaskan atas talian (web-based), dan tidak perlu dimuat turun ke dalam telefon, tablet mahupun komputer anda.Penggunaannya yang hanya secara atas talian ini juga, lebih praktikal kerana ianya tidak akan membebankan gadget anda dengan satu lagi perisian lain yang pastinya akan melambatkan dan  menyusahkan kerja kita.

Saya telah menghasilkan Poster mengenai ' Hidup Sihat Tanpa Merokok melalui Google Drawing ini. Dalam poster tersebut, saya telah memetik gambar dari Google dan mengabungkan dalam satu poster. Aplikasi ini sangat memudahkan dan menjimatkan masa dalam pembuatan poster, ilan atau risalah untuk kadar yang segera. Saya berasa aplikasi ini sangat memuaskan dan sangat berguna kepada semua peringkat umur.

Karya yang bertajuk ke 2 pula, saya telah menghasilkan nota ringkas mengenai pembelajaran seni iaitu ' Unsur Seni Rupa. Aplikasi ini sangat sesuai dimanfaatkan kepada para guru terutamanya guru Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah mahu pun sekolah rendah. Penggunaan aplikasi Google Drawing dalam proses pengajaran mampu menarik minat pelajar dalam bidang seni kerana kaedahnya yang lebih mudah dan mesra pengguna. Secara umumnya, adalah aplikasi ini adalah perisian yang percuma dan mudah digunakan. Saya sangat seronok dapat mempelajari ilmu ini.

No comments:

Post a Comment

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 14)

KELAS MINGGU 14 - 18.12.2018 (Selasa) PRESENTATION QR BARCODE Refleksi pembelajaran: Hari ini merupakan kelas terakhir kami dalam s...