Tuesday 25 December 2018

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 14)

KELAS MINGGU 14 - 18.12.2018 (Selasa)

PRESENTATION QR BARCODE

Refleksi pembelajaran:

Hari ini merupakan kelas terakhir kami dalam subjek Seni dan Teknologi. Pembelajaran hari ini adalah merupakan pembentangan Qr Code yang telah kami hasilkan dalam projek final subjek ini. Saya  telah menghasilkan video mengenai teknik-teknik dalam menghasilkan lukisan. Di dalam video tersebut, saya telah merakam 8 teknik- teknik dalam menghasilkan lukisan. Antara teknik-teknik tersebut ialah, teknik burnishing, teknik normal hatching, teknik layer hatching, teknik cross hatching, teknik garisan serabut, teknik titik-titik, teknik parquet dan teknik gosokan. Di dalam video tersebut saya telah menunjukkan bagaimana menghasilkan lukisan menggunakan teknik-teknik tersebut. Aplikasi yang saya gunakan untuk proses pembuatan video ini adalah menggunakan Movie Maker dan Speed Video. Selesai merakam video tersebut, saya telah memuat naik video-video tersebut ke Youtube dan seterusnya menghasilkan QR code berdasarkan video- video tersebut. 

Sepanjang menghasilkan tugasan ini, saya dapat mempelajari satu ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Melalui penghasilan video ini, apabila diaplikasikan ke sekolah nanti, ia akan memberikan daya tarikan kepada para pelajar. Ianya juga merupakan satu pengajaran yang kreatif di samping dapat menyampaikan maklumat yang padat dan ringkas. 




Sesi pembentangan

 Selesai pembentangan

 Final projek yang telah dihasilkan

Selesai pembentangan, pensyarah kami telah mengadakan jamuan kecil kecilan untuk para pelajarnya. Terima kasih dr syazwani kerana telah mengajar kami dari hari pertama kelas hingga ke hari terakhir kelas. Semoga dr. sentiasa dimurahkan rezeki...aaminn.....



Terima kasih dr....
Semoga berjumpa lagi.....



Monday 24 December 2018

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 13)

TIADA KULIAH

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 12)

KELAS MINGGU 12 - 04.12.2018 (Selasa)

ANIMATION PHOTOSHOP



Refleksi Pembelajaran:

Pada hari ini kami telah mempelajari menghasilkan animation tulisan menggunakan photoshop untuk digunakan pada letterhead wordpress kami nanti. Pensyarah telah mengarahkan  tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan photoshop. 

Seperti yang diterangkan oleh pensyarah, photoshop merupakan  penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya.Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver.

Pada hari pembelajaran tersebut, saya telah mempelajari asas Photoshop menggunakan model cs6 iaitu Toolbox disediakan bagi membolehkan kita memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital. 

Semasa menghasilkan animasi untuk header wordpress, proses pertama ialah menentukan saiz header tersebut berdasarkan saiz header yang telah ditetapkan pada wordpress masing-masing. Seterusnya, proses menghasilkan animasi ini adalah dengan cara mengawal layer photoshop tersebut. Setelah berjaya menghasilkan satu animasi tulisan menggunakan photoshop, ianya di simpan sebagai Save for Web dalam format GIF. Semasa menghasilkan animasi tulisan, photoshop membolehkan saya membuat tulisan dengan efek tertentu,kelebihannya photoshop adalah mampu membuat tulisan dengan bermacam-macam karakteristik,dan dapat mengubah bentuk tulisan menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan tool effect yang ada di dalamnya. 





Animasi yang saya hasilkan



Pada pendapat saya, Photoshop sangat berguna dalam pendidikan. Secara umumnya bukan semua guru pandai menggunakan perisian ini namun jika ianya berjaya dieksploitasi penggunaannya dalam pendidikan khususnya dalam menghasilkan sendiri bahan bantu mengajar dengan kreativiti guru itu sendiri nescaya ini akan memberikan banyak manfaat dan sangat efektif dari segi pengurusan kos kerana bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan ‘custom made’ berdasarkan kesesuaian yang difikirkan patut bagi guru dan sesuai bagi pelajar.

Dengan perisian ini guru mampu mencipta sendiri buku peta minda sendiri, flash card, poster hiasan kelas yang menarik, dan macam-macam lagi bahan yang boleh diterokai potensinya. Namun sebagaimana disebut pada awal, tidak semua guru mempunya kemahiran untuk menggunakan perisian ini secara optimum untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Selain itu, Photoshop juga merupakan salah satu perisian yang menjadi teras dalam pendidikan seni visual dan grafik di sekolah menengah.  

Secara rumusannya perisian ini mempunyai potensi yang amat luas dalam pelbagai bidang bermula daripada bidang periklanan, fotografi malah termasuk juga dalam bidang pendidikan dan dakwah. Jika diperhatikan pada zaman ini sememangnya kos untuk mempelajari kemahiran dalam menggunakan perisian ini amatlah mahal namun sangat berbaloi untuk dipelajari. Bagi pandangan kami mahir dalam perisian ini amat memberikan nilai tambah yang banyak kepada guru terutamanya dan potensinya ternyata amatlah meluas berbanding hanya menggunakan powerpoint dan paint dalam menghasilkan bahan bantu mengajar.

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 11)

KELAS MINGGU 11 - 27.11.2018 (Selasa)

QR BARCODE




Image result for qr code

Refleksi pembelajaran:
Pembelajaran hari ini adalah kami telah diajar oleh pensyarah bagaimana menghasilkan sesuatu Qr Code bagi barcode sesuatu projek atau apa sahaja yang hendak kita qr code kan sesuatu itu. Pensyarah telah menerangkan apa itu Qr Code kepada kami supaya lebih faham dengan mendalam. Tujuan mempelajari QR Code ini adalah untuk keperluan projek final Seni dan Teknologi ini. 

Saya telah mempelajari cara menghasilkan satu QR Code yang simple dan mudah  menggunakan aplikasi https://www.qr-code-generator.com/ dan https://www.qrcode-monkey.com/ . Kedua-dua aplikasi pembelajaran yang kami guna hari ini adalah sangat mudah dan boleh diaksess secara percuma. Saya telah menghasilkan QR Code sendiri berasakan  satu video di . Setelah itu saya memasukkan  url link youtube ke dalam aplikasi qr code generator tersebut dan scan untuk laman youtube tersebut.  Dalam aplikasi mereka QR code tersebut, QR Code boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien iaitu alamat laman web / URL, Kandungan Teks (250 aksara), nombor telefon yang boleh terus menelefon. dan Kod SMS yang boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara.

Info sejarah mengenai QR Code ini adalah penggunaan QR Code telah lama diamalkan di negara-negara lain khususnya Jepun. Rakyat United Kingdom pula merupakan pengguna kod QR yang ketujuh didunia. Pada tahun 1994, syarikat Denso Wave menggunakan QR Code untuk mengesan dan menjejak komponen yang digunakan dalam pengilangan kenderaan (sumber). Malah, di Jepun, QR Code digunakan untuk mengesan pinggan sushi di kaiten belt (kabel yang membawa pinggan sushi) sama ada sushi tersebut sudah tidak sesuai untuk dimakan. Pinggan yang melalui terminal pengimbas akan diasingkan dari kaiten belt dan memastikan hanya sushi segar yang dihidang.Secara umumnya, ramai yang telah  mengetahui tentang fungsi kod bar, dimana ianya digunakan untuk menyimpan informasi tentang sesuatu produk atau maklumat pengenalan individu. Garisan selari berwarna hitam dan putih padanya yang mempunyai ruang serta lebar berbeza akan mewakili bacaan digit 0 dan 1.

Pada pendapat saya, penggunaan QR Code sangat berguna dalam dunia pendidikan. QR Code ini dapat digunakan oleh guru untuk nota pada setiap mata pelajaran. QR Code ini juga dapat memuat gambar atau sebuah proses, dan lain – lain dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pemebelajaran akan lebih mudah sekiranya  gurunya sudah memiliki blog atau website sendiri sebagai sumber bahan pengajaran. Oleh itu,  QR Code yang dibuat dapat dilinkkan ke Blog atau Website tersebut. Penggunaan QR Code dalam buku teks di sekolah juga mampu menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Aktiviti pembelajaran ini sangat menarik minat para pelajar dan sudah pasti pelajar akan tidak bosan dengan pengajaran dan pembelajaran pada Abad ke 21 ini.


Qr Code yang saya hasilkan 


Teknik titik-titik

Teknik parquet 

Teknik Burnishing

Teknik Cross Hatching

Teknik Serabut

Teknik Gosokan

Teknik Layer Hatching

Teknik Normal Hatching





SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 10)

CUTI MAULIDUR RASUL

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 9)

KELAS MINGGU 9 - 13.11.2018 (Selasa)



WORDPRESS



Image result for apa itu wordpress


Refleksi pembelajaran :

Pada minggu ini, saya telah mempelajari untuk menghasilkan wordpress. Seperti yang kita telah sedia maklum, sistem WordPress merupakan antara sistem blog yang popular dan semakin mendapat tempat dalam kalangan pemilik blog hari ini.Antara sebab utama kenapa mereka memilih sistem WordPress adalah kerana ianya mudah dipasang, mempunyai ratusan dan ribuan plugins & themes yang menarik, sokongan komuniti yang luas dan tutorial yang semakin mudah didapati bagi membantu mereka memahaminya dengan lebih mudah. 
 
Pada hari tersebut, pensyarah mengarahkan kami untuk membuat akaun untuk wordpress. Kami diberi tugasan oleh pensyarah untuk memilih satu tema yang terdapat dalam wordpress kemudian mengarahkan kami untuk meletakkan beberapa item dalam wordpress dengan bimbingan daripada pensyarah tersebut. Saya telah mempelajari bagaimana untuk mengedit latarbelakang wordpress dan tema menggunakan laman  web https://syidahnor.wordpress.com/wp-admin/.



Semasa menghasilkan Wordpress, saya mendapati wordpress mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. WordPress mempunyai banyak kelebihan yang membantu kita untuk menambah pengetahuan atau nota yang belum kita tahu. Melalui wordpress kita boleh menerokai pelbagai artikel tentang pengetahuan, teknologi, atau dalam bidang yang lain.
Kini, banyak sekolah yang menggunakan wordpress sebagai salah satu media untuk mengumumkan pelbagai maklumat tentang sekolah itu sendiri. Hal ini adalah untuk berkongsi mengenai aktiviti sekolah kepada pihak umum. WordPress adalah satu bentuk majunya teknologi, yang memberi impak positif dan tentunya juga ada impak negatifnya. Namun hal ini boleh dibendung jika ada bimbingan dari guru atau senior dalam bidang ini.





SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 8)

KELAS MINGGU 8 - 30.10.2018 (Selasa)

MENGHASILKAN PADLET



Refleksi Pembelajaran :

Pada pembelajaran hari ini, kami telah didedahkan dengan penggunaan 'Padlet' dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pensyarah telah memberi tugasan untuk menghasilkan nota pendidikan seni menggunakan Padlet. Kami telah di beri tugasan untuk menghasilkan nota seni berkaitan bidang reka bentuk dengan menggunakan padlet. Saya telah memilih tajuk 'reka bentuk hiasan dalaman' sebagai nota dalam Padlet. Saya memilih tajuk ini adalah untuk berkongsi ilmu mengenai bidang ini sertai memanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Setelah Padlet saya siap, kami diarah untuk berkongsi link untuk berbincang mengenai tajuk reka bentuk yang dihasilkan masing-masing. 

Pada pembelajaran hari ini, saya mendapati bahawa Padlet merupakan satu aplikasi yang menarik yang dapat menarik minat para pelajar ketika waktu pengajaran di sekolah. Seperti yang diterangkan oleh pensyarah kami, padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat eletronik pada dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Semasa menggunakan Padlet ini, kita boleh menaip huruf bagi setiap nota lekat eletronik yang boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai. Selain itu, padlet juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, senarai perkara yang perlu dilakukan dan sebagainya. Dengan penggunaan aplikasi ini, ia membolehkan para pelajar lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan dunia teknlogi maklumat yang ingin diterapkan dalam diri pelajar agar pelajar lebih maju dan tidak hanya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang tradisional.








Contoh padlet. Ianya sangat mudah dan ringkas. Gambaran padlet seperti sebuah dinding yang kosong untuk membolehkan pengguna mengisi atau menulis pelbagai perkara yang dikehendaki seperti mengemukan pendapat berdasarkan soalan yang diberikan oleh pensyarah.

Kelemahan Padlet bagi saya pula ialah, ia hanya memberikan nota-nota ringkas dan pelajar akan mengalami masalah untuk menghuraikan sesuatu sekiranya nota tersebut sangat ringkas.

Friday 26 October 2018

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 7)

KELAS MINGGU 7  - 23.10.2018 (Selasa)


PERBEZAAN PENGGUNAAN ANTARA MICROSOFT POWERPOINT DENGAN PREZI
POWERPOINT


prezi vs. powerpoint

POWERPOINT

Aplikasi powerpoint memang sudah tidak asing lagi di telinga kita. Biasanya aplikasi powerpoint ini digunakan untuk menawarkan suatu  produk,persembahan maklumat dan juga sebagai media pembelajaran. Microsoft PowerPoint atau Microsoft Office PowerPoint atau PowerPoint adalah sebuah program komputer untuk presentasi yang dikembangkan oleh Microsoft.

PowerPoint berfungsi untuk :
1. Memudahkan pengguna mengatur bahan yang hendak disampaikan.
2. Membuat audience lebih mudah untuk memahami maklumat persembahan kerana didalam Powerpoint hanya menampilkan point-point utama yang digabungkan dalam bentuk slide.
3. Membuat persembahan maklumat dengan lebih berkesan, apalagi jika pengguna menambahkan animasi-animasi di dalamnya.

PREZI

Prezi adalah sebuah sofware masa kini yang fungsi utamanya hampir sama dengan Power Point, iaitu  untuk presentasi berbasis internet. Selain untuk presentasi, Prezi juga dapat digunakan sebagai alat untuk mengeksplorasi dan berbagi ide di atas kanvas virtual. Prezi menggunakan  Zooming User Interface (ZUI),  yang mempunyai ciri khas tersendiri lebih menarik dalam presentasi maklumat


POWERPOINT VS PREZI

Secara umumnya, Microsoft Powerpoint dan Prezi merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat presentasi secara digital. Walaupun begitu, sebagai pengguna bagi kedua-dua aplikasi tersebut terdapat perbezaan dalam menggunakan kedua dua software ini.

Microsoft PowerPoint merupakan satu software membuat presentasi tanpa menggunakan jaringan internet. Powerpoint hanya dapat diakses didalam Windows. Hal ini dapat memudahkan seseorang yang aktif dalam  membuat persembahan maklumat  di depan umum, terutama dengan memakai alat bantu seperti LCD. Dengan Microsoft Powerpoint, kita  dapat menyiapkan slide persembahan yang berkualiti dalam masa yang pantas kerana tidak perlu menggunakan jaringan internet. Manakala Prezi pula merupakan software presentasi digital yang menggunakan jaringan internet.Selain itu, pengunaan prezi memerlukan kita untuk mendaftar akaun untuk mengaksesnya. Prezi juga hanya diberikantempoh percubaan selama 30 hari sahaja dan mempunyai limitasi dalam menggunakan ketetapan lain seperti muat turun hasil kerja dan menggunakan templates

Selain itu, dalam aplikasi PowerPoint terdapat berbagai tools, seperti text art, image import, animation import, video import dan lain-lain yang akan membuat slide dilihat menarik.  Animasi pergerakan slide dalam Powerpoint juga dapat menarik minat audiens untuk melihat persembahan slide. Manakala, Prezi menggunakan  Zooming User Interface (ZUI), yang menjadikan software ini mempunyai ciri khas dan keunggulan tersendiri, yang memungkinkan pengguna Prezi untuk zoom memperbesar dan memperkecil tampilan media presentasi mereka. Prezi digunakan sebagai alat untuk membuat presentasi dalam bentuk linear maupun non-linear. Presentasi linear adalah presentasi terstruktur iaitu saling berurutan, sedangkan presentasi non linear adalah presentasi yang berbentuk peta-pikiran (mind-map). Dalam software ini teks, gambar, video, dan media presentasi lainnya ditempatkan di atas kanvas presentasi, dan dapat dikelompokkan dalam bingkai-bingkai yang telah disediakan. Pengguna dapat menentukan ukuran relatif dan posisi antara semua objek presentasi sesuai keinginan.

Kesimpulannya, kedua-kedua sofware digital ini mempunyai tujuan yang sama iaitu mempersembahkan maklumat. Pada pendapat saya, saya lebih sukakan penggunaan software 'powerpoint' kerana ia memudahkan saya untuk mengatur bahan bahan maklumat  yang hendak disampaikan di dalam satu presentasi.

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 5 DAN 6)

KELAS MINGGU 5 & 6  - 09.10.2018 & 16.10.2018(Selasa)

Learning Scratch 


Apa itu Scrach?

Scratch merupakan salah satu bahasa pemrograman yang didesain untuk memperkenalkan bahasa program yang sederhana dan mudah untuk difahami oleh semua orang. Scratch ini sering digunakan oleh orang-orang yang baru mengenal bahasa program. Salah satu guna scratch ini adalah untuk membuat game. Konsep pemprograman yang digunakan dalam scratch ini seperti menyusun puzzle-puzzle. Arahan yang dibuat dalam bentuk blok-blok yang nantinya akan disusun sesuai dengan keinginan dan logik pengguna.

Komponen-komponen Pada Scratch


1)      Motion
Digunakan untuk menggerakkan  sprite sesuai keinginan.


2)     Looks
    Digunakan untuk melakukan pengaturan tentang tampilan sprite.



3)      Sounds- Digunakan untuk melakukan pengaturan tentang suara yang akan digunakan dalam games.


4)     Pen
      Digunakan untuk membuat gambaran bayangan pada sprite.


5)     Data
      Berisi perintah-perintah yang digunakan untuk  membuat variablesesuai yang kita butuhkan untuk melakukan perintah dari operator.

6)     Events
    Arahan awal supaya sprite dapat bergerak.

7)      Control
     Arahan untuk mengawal  sprite supaya sesuai dengan arahan yang kita inginkan seperti mengawal masa dan perulangan. 

8)      Sensing
      Untuk mengatur  sprite supaya menyentuh sesuatu sesuai dengan arahan. contohnya, sensor digunakan untuk memberi arahan apa yang perlu dilakukan objek ketika objek lain disentuh semasa mouse ditekan.

9)      Operator
      Operator digunakan untuk memberi atahan menjalankan operasi matematik seperti penjumlahan, pengurangan, atau juga untuk membuat hubungan antar objek contohnya dengan memilih operator “dan” atau “atau”.

10)  More Blocks
     Mempunyai arahan untuk membuat blocks baru jika diperlukan  

Blocks Palette Costumes


       Costumes merupakan bahagian untuk menukar watak yang akan dibuat di dalam games.

  Stage adalah Tempat untuk melihat cerita, animasi, atau game yang telah dibuat. Stage terdiri dari dari beberapa komponen berikut :
1)   Sprite, di bagian kanan bawah itu ada sprite 1. Sprite bisa diperbanyak lagi dan di edit sesuai kebutuhan.
2)   Stage Backdrop atau Background, merupakan latar belakang agar games ataupun film animasi yang kita buat bisa lebih menarik.
3)      Green Flag, Untuk Menjalankan script dari cerita yang telah dibuat
4)      Stop Sign, Untuk menghentikan semua script dari sebuah cerita
5)      View Mode, Untuk mengubah stage menjadi besar atau kecil
6)      New  Sprite Button, Membuat sebuah karakter baru atau objek untuk project kita.





Aktiviti 1 - Menghasilkan animasi Kucing.



Aktiviti 2 - Menghasilkan Game Baby Shark






<iframe allowtransparency="true" width="485" height="402" src="//scratch.mit.edu/projects/embed/252859611/?autostart=false" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Aktiviti 3- Pergerakan Objek mengikut Cursor
Crab

REFLEKSI PEMBELAJARAN:


Pada minggu ke 5 , saya telah menghasilkan animasi seekor kucing menggunakan scratch. Apa yang saya dapat ialah saya belajar untuk menggunakan aplikasi scratch dengan mengawal ke semua komponen-komponen scratch dan dapat menghasilkan animasi kucing bergerak. Pada pendapat saya, scratch merupakan satu aplikasi yang animasinya dapat dibentuk dan senang di kawal. Penggunaan scratch juga boleh dilayari secara Offline dan tidak memerlukan penggunaan internet dan perlu di download sahaja software offline tersebut. Selain itu, Scratch dapat dioperasikan pada sistem operasi Windows, Linux ataupun Macintosh. Dalam menghasikan animasi kucing bergerak, saya juga dapat memasukkan dialog dan bunyi baharu pada watak kucing itu. Penggunaan scratch sangat menarik bagi saya  kerana ia sangat mudah dan ringkas tetapi hasilnya sangat memuaskan.

Pada minggu ke 6, saya telah mempelajari satu pengetahuan menghasilan games menggunakan scratch iaitu 'baby shark'. Penghasilan games tersebut sangat menarik kerana mempunyai animasi dan watak shark yang digunakan.  Melalui aplikasi Scratch ini saya dapat hasilkan permainan video dengan mudah. Terdapat pelbagai animasi di dalam permainan video itu yang boleh saya pilih dan dapat digerak-gerakkan mengikut arahan yang dipaparkan di dalam komponen scratch. Saya boleh mengawal pergerakan animasi tersebut dengan menghasilkan sebuah jalan cerita games dengan memilih ikon-ikon yang terdapat di ruangan 'edit'. Aplikasi ini juga sangat sederhana dan mudah digunakan oleh kanak-kanak. Ia juga memudahkan kanak-kanak untuk belajar kod pemprograman dalam penghasilan games. 

Namun, terdapat kelemahan pada scratch ini iaitu hasil kerja dari scratch tidak boleh dieksport ke format lain.  Ianya juga mudah diserang virus dan tersedia hanya untuk Mac dan Windows sahaja.

SENI DAN TEKNOLOGI (WEEK 14)

KELAS MINGGU 14 - 18.12.2018 (Selasa) PRESENTATION QR BARCODE Refleksi pembelajaran: Hari ini merupakan kelas terakhir kami dalam s...